MELODY
ッ TagBoard ッ ♥ Footstep here ♥
Trial's over
Saturday, 12 October 2013 | 0 Minds ^^

Assalamualaikum w.b.t ,

 Lama tak menulis sampai taktau nak bagi mukaddimah apa. Perah otak sampai kering takde idea jugak. tapi tangan tetap nak menaip almaklumlah nanti tangan ngan otak aku akan berperang tak lama lagi dgn bakal soalan-soalan spm nanti. Bila fikir? uarrrgghhhhh.. Spm is just around the corner.. I'm dead.. Macam nak menjerit satu kampung melalak tak tentu hala *kay melampau* . Aku check blog kawan aku pun dah ada hiatus, gonna active after spm. Sedar tak sedar, time had passed dgn sgt lah cepat. Al-fashlu Al-Idhofiyyah atau dengan nama melayunya kelas tambahan yang mana seertinya additional class , pergh tak payah nak komen pape, sampai tak terkejar je masa tu kadang-kadang. Petang-petang mmg tak sah kalau takde kelas, just minggu ni feel like relaks sikit la kot sebab PRSuiT minggu ni banyak yang cancel so petang boleh rehat sampai tido2, guling2, golek2 atas katil. Macam takde kesedaran nak Spm je kan? Spm woii..

                By the way, Selamat Hari Raya Korban. :D
Cuti sampai hari rabu, raya kedua, and khamis dah sekolah balik+kem perkasa kat semporna resort. Hopefully kem tu banyak membantu. InsyaAllah. Minggu lepas pelajar aliran sastera dah ada kem kat rompin. seminar skor-A maybe.. minggu ni for pelajar sains pulakk. First slot Additional Math tuuu. Cite pasal addmath ni, Nothing's impossible. kalau dulu aku hanya target untuk sekadar lulus je addmath, sekarang aku target untuk dapat kredit. at least B. tapi aku pray for A la. Macam trial alhamdullilah walau tak cemerlang mana pun. just dpt B addmath. Aku x pernah terfikir pun yang aku dapat go on dengan subjek ni. seriously dulu aku sangat menganggap this subject is killing me. Cop! Aku bukan nak berbangga dgn result aku tu, just nak share mcm mana pesimisnya aku pandang subjek ni. And that is , nothing's impossible. aku emphasize kat sini, kalau korang usaha mesti boleh punya. Tambah dengan cg yang awesome macam cg rozaini! :D

  Aku rasa kalau ada award cikgu paling rajin buat kelas , cg rozaini is the winner. Ramai yang meningkat addmath. bilangan yg gagal pun dah reduce compared to mid-year. Hah! satu lagi aku nak share. EQ memang sangat mempengaruhi exam korang. Emotional quality kalau tak silap aku. wallahua'lam. hehe. Walaupun maybe bagi orang benda ni kecik, tapi aku still rasa benda ni yang bantu aku dapat result yg lebih baik dr yang aku sangka. Psi ( pend. syariah islamiah ) paper 2 aku target memang teruk gile.. aku rasa macam takleh jawab. and aku target takkan dapat lebih dari separuh yakni takkan dapat lebih dari 50 marks. tapi alhamdulillah dapat lebih dari separuh. aku dapat 68. Sebelum exam aku ada cakap ngan ustazah utk doakan aku jawab exam. and ustazah replied ustazah doa sokmo, ustazah pesan baca surah as-syarh . Alhamdulillah Allah permudah urusan. It just BA aku agak menurun. dapat A- je. tapi bersyukur jelah kan?

 Perundangan Islam merangkumi 3 perkara that are hubungan antara manusia dengan Allah , Hubungan manusia dengan manusia, And hubungan manusia dengan alam sekitar. العلاقة مع الله كما أن العلاقات الإنسانية.
Macam hablu min Allah hablu min annas. Hubungan kita dengan Allah sebagaimana hubungan kita dengan manusia. means kita mesti jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Dulu cg ada cakap sebelum tidur maafkan semua orang tapi aku hanya praktik untuk beberapa kali je. *muhasabah diri jap* Macam mana nak gain strength nak forgive semua orang, nak jadi stronger. kadang rasa tak mampu. kebencian tu tetap ada. but...just give it a shot, right? InsyaAllah.

The road to success is always under construction .
Kan? that's why success is a journey not a destination. Ya Allah, grant me an excellent result in Spm. selfish lah aku kalu berdoa untuk aku sorang je kan?

Ya Allah, Engkau redhailah kami candidate spm dalam menuntut ilmu, kuatkanlah ingatan kami, rahmatilah kami, berkatilah setiap ilmu yang kami pelajari. Ya Allah, terimalah setiap amalan baik yang kami lakukan, terimalah ibadah solat kami, ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Ya Allah. Ya Rahman, terangilah hati kami dalam menuntut ilmu dan ketika kami menghadapi peperiksaan spm. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kejayaan yang cemerlang bagi kami khususnya warga SMAI. Kami berdoa kepadaMu ya Allah, berikanlah HidayahMu dan PetunjukMu ya Allah agar kami sentiasa di jalan-Mu dan tidak tersasar dari fitrah yang sebenar. Redhailah kami menjadi hamba khalifahMu yang sentiasa berusaha menegakkan agamaMu. InsyaAllah. Amin Amin ya Rabbal 'Alamin.

Niat aku cuma satu, untuk menggembirakan hati kedua-dua parents aku. :)

A very big appreciation to our teachers yang sanggup penat lelah ajar kitorang. Syukran Jazilan. Sayang cikgu!!

Fighting for result yang daebak ! Candidate SPM SMAI, kita pasti boleh ! InsyaAllah.


Thanks for reading :)


Older Post | Newer Post


Entries About Linkies Credits